Saturday 10 December 2011

Usah Meragui Dia..

Apa yang dimaksudkan dengan Iman adalah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan melakukannya dengan anggota badan (beramal). Seperti yang kita tahu, Islam merupakan agama yang benar dan masuk akal walaupun kita berbicara mengenai perkara ghaib , qada' dan qadar, jin dan sebagainya yang nampak tersembunyi sedangkan sangat jelas jika kita lihatnya dengan dalil-dalil Al-Qur'an dan hadis serta rohani dan jiwa yang bersih.

Contohnya :
Kisah seorang pemuda yang belajar di negara barat kononnya mendakwa dirinya pandai kerana ingin berhujah mengenai hukum ketuhanan dan perkara ghaib, dan akhirnya dia bertemu dengan seorang yang alim (berilmu) .
Pemuda : Anda siapa? dan adakah anda boleh menjawab soalan saya?
Orang Tua : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab persoalan anda.
Pemuda : Anda yakin? sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak dapat menjawab persoalan saya.
Orang Tua : Insha-Allah, saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan.
Kalau Tuhan itu wujud, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
Apakah yang dinamakan takdir?
Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka mempunyai unsur yang sama, iaitu daripada api. Apakah Tuhan tidak memikirkan sejauh itu?

Tiba-tiba orang tua tadi menampar pipi pemuda tersebut dengan kuat.
Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda menampar saya? adakah marah kepada saya?
Orang Tua : Saya tidak marah, dan tamparan itu adalah jawapan kepada tiga soalan anda tadi.
Pemuda : Saya tidak faham.
Orang Tua : Jadi, anda percaya baawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya.
Orang Tua : Tunjukkan pada saya sakit itu!
Pemuda : Saya tidak mampu.
Orang Tua : Itulah jawapan soalan pertama anda, Kita tidak nampak sakit tapi kita merasai sakit dan percaya sakit itu ada. Allah tidak nampak tetapi kena percaya adanya Allah . Semua merasakan adanya Tuhan tanpa mampu melihatnya.
Orang Tua : Tadi malam, adakah anda bermimpi mendapat tamparan dari saya?
Pemuda : Tidak.
Orang Tua : Apakah anda terfikir bahawa akan mendapat tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak sama sekali.
Orang Tua : Itulah yang dinamakan takdir, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang.
Orang Tua : Tangan saya diperbuat daripada apa untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Orang Tua : Pipi anda pula diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit juga.
Orang Tua : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Sakit.
Orang Tua : Tangan saya dan pipi anda diperbuat dari unsur yang sama sahaja. Ada kulit, daging tetapi anda boleh merasa sakit juga , sepatutnya anda tidak merasa sakit kerana kita diperbuat dari unsur yang sama sahaja.

:) Percayalah bahawa perkara yang ghaib dan tersembunyi itu wujud dan mesti dipercayai. Allah SWT itu wujud.

No comments:

Post a Comment