Friday 6 January 2012

After the dead..




Salam sejahtera kepada semua..entry kali ini berkisarkan kematian,,
Acapkali kita mendengar tentang kematian,,tetapi jarang yang kita ketahui apa perkara yang kita akan tinggalkan di dunia ini,,setelah meninggal dunia,,
"harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama"
apalagi yang ditinggalkan selain nama??mari kita lihat satu persatu,,
tidak semua orang mengetahui perkara2 yang akan ditinggalkan selepas mati,,malah ramai
yang tidak menitikberatkan hal ini,,

3 Perkara yang ditinggalkan selepas meninggal dunia

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

1.  Anak yang soleh


Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya.  Seterusnya seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat suci al quran kepada ibu bapa mereka  sebagai tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti..dan menjaga nama baik keluarga,diri dan agama
selama hidup di muka bumi ini..

2. Ilmu yang ditinggalkan
.
Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain,,selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain,,selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham,,pahala dan manfaatnya dari ALLAH,,
Jadi dengan blog ini saya menggunakan  manfaat sepenuhnya untuk menyampaikan segala ilmu agama yang dipelajari.  Dengan blog ini juga sekiranya saya tiada nanti, maka pembaca-pembaca akan terus membaca dan mendapat manfaatnya.

3.  Sedekah Amal Jariah.

Sedekah kepada orang susah dan anak-anak yatim dan golongan2 yang layak mendapatnya.Sekiranya kaum kerabat dan juga keluarga kita sendiri memerlukannya,,wajib kita mendahulukan mereka kerana mereka adalah orang  yang terdekat dengan kita,, Sekiranya mempunyai rezeki yang lebih boleh juga kita menyumbangkannya atau mewakafkannya dengan membina dan membangunkan pusat2 keilmuan,ibadah,dan masjid atau surau untuk kebaikan masyarakat setempat dan sumbangan kita kepada agama Islam untuk kebajikan.

Moral topik;

kita perlu mendidik dan memberikan didikan agama yang sepenuhnya kepada 

anak2 kita,,

kita juga haruslah menjadi pemurah dan baik hati dalam menyampaikan
sesuatu ilmu,,jika kita tamak dan kedekut ilmu,,makin lama ilmu yang kita tahu itu semakin    hilang,,tetapi jika disampaikan makin kuat ingatan dan hafalan kita terhadap sesuatu ilmu      itu,,jgnlah kita jadi seorang yang bakhil,,
lastly,,sedekah lah walau sedikit,,kerana dalam harta yang kita miliki,,
mempunyai hak orang lain,,sekiranya kita 
tidak menagih2kannya,,kita dikira memakan harta orang lain,,

MasyaAllah,,!!


 marilah kita memohon keberkatan dan kerahmatan selalu dariNya di atas segala nikmat yang kita kecapi selama ini,,

Semoga Allah SWT tetapkan iman dan hidup kita semua di landasan yang betul dan lurus,,
dengan bimbingan dan petunjuk hidayahNya sentiasa..


 Wasallam.


"kelalaian itu kegelapan 
kejahilan itu kesesatan 
kesabaran itu ketenangan
kemaafan itu kekuatan
kepandaian itu kekayaan

Istiqamah itu bukti kehambaan"

- BERSIN DAN MENGUAP DALAM ISLAM -

Assalamualaikum w.r.t 
Semoga semua pembaca dan blogger sihat sentiasa,
agar dpt melaksanakan segala ibadah dn suruhanNya dengan mudah,
tenang dan lancar..
topik kali ini berkaitan dengan 'Bersin dan Menguap'..
Sememangnya fenomena ini tidak asing dalam kehidupan seharian kita..

Menguap dan bersin..
ketahuilah perkara ini juga terdapat dalam agama Islam jua..
kerana Islam itu lengkap dan menyeluruh dalam segala aspek,
bukan hanya dalam perkara yang berkaitan ibadah semata-mata..
Segala2nya adalah utk mengharapkan keredhaan Allah..

Setiap tindak tanduk kita adalah dalam pemerhatianNya sentiasa..
tidak ada yang bebas dari perhitunganNya, walau ia sekecil zarah..
kerana kita yang membuat pilihan di atas segala tindakan kita..


Walaupun segala-galanya telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t..ketahuilah bahawa takdir itu,
terdapat 2 jenis takdir iaitu takdir mubham dan mu'allaq
1. takdir mubram -takdir yang tidak mampu kita ubah walaupun kita telah berikhtiar kerana ia telah ditetapkan oleh Allah cthnya kelahiran, kematian, rezeki ..

2. takdir mu'allaq- merupakan ketentuan Allah bersesuaian dengan ikhtiar dan usaha manusia, walaubagaimanapun hasilnya tidak diketahui sebelum ia berlaku cthnya harta, taraf hidup, kejayaan hidup, tamak, berzina (kerana dia memilih utk jalan kejhtn dn kemaksiatan) dll..

'' Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada 5 (lima), menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin.''     (HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin).

BERSIN
Sedangkan tata cara berbalas perkataan ketika seseorang yang sedang bersin, juga sudah diatur dalam sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib;
Dari Ali Radhiyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu baalakum (ertinya = Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)

MENGUAP 
Rasulullah s.a.w. mengajar kita: “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
[Shahih Muslim, hadis no: 2995]

“Menguap adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 3289]

Menguap dan bersin secara tidak langsung memiliki kaitan antara satu sama lain, iaitu berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Adapun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.”
[Shahih al-Bukhari, hadis no: 6223]


"BETAPA INDAHNYA ISLAM,
SEGALA PERKARA  TERDAPAT DI DALAMNYA"

-TERIMALAH ISLAM SELURUHNYA..
AL-ISLAM KAAFFAH..-

Wallahua'lam..