Wednesday 14 December 2011

Apa itu Komputer?

DEFINISI
Komputer adalah sebuah mesin eloktronik untuk menerima data INPUT.Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data tersebut dan akhirnye, mengeluarkan keputusan OUTPUT.

JENIS-JENIS KOMPUTER

  • Super computer
  • Main frame computer
  • Mini computer
  • Micro computer


KEPENTINGAN KOMPUTER
1) Pentadbiran
Dengan computer segala urusan pentadbiran sesebuah Negara akan dapat diselesaikan dengan cepat serta cekap.

2) Pendidikan
Digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.

3) Alat Penyelidikan
Membantu dan memudahkan para penyelidik dalam menjalankan kerja penganalisian.

4) Perniagaan
Memudahkan urusan usahawan merekod maklumat kewangan dalam computer supaya lebih selamat dan terjamin.

SEJARAH PERKEMBANGAN

Generasi 1


  • Menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat.
  • Saiznya seakan mentol lampu. Ianya perlu sentiasa diganti, memerlukan tenaga elektrik yang banyak dan menghasilkan banyak haba.
  • Hanya mampu menyelesaikan satu masalah dalam satu masa sahaja. Perlu ‘rewired’ dengan kabel untuk di program kembali.
  • Contoh : 
    • ENIAC (1946 ketika peperangan dunia ke-2)
    • UNIVAC (1951,1952 untuk menganalisis undian pilihanraya US).


Generasi 2 (1958-1963)

  • Menggunakan transistor yang menggantikan tiub vakum.
  • Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum
  • Ianya lebih kecil,berkuasa,dan murah.
  • Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama computer juga bertambah.
  • Contoh :
    • Kemunculan FORTAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar.


Generasi 3 (1964-1970)

  • Penggunaan transistor diganti dengan integrated circuits (ICS)
  • Integrated circuits menggabungkan beberapa ratus ribu transistor yang dipadatkan ke dalam kepingan cip silicon,menjadikan computer generasi ini lebih kecil.
  • Papan kekunci dan monitor mula diperkenalkan sebagai input dan output.
  • Magnetic disk digunakan sebagai pusat penyimpanan maklumat.


Generasi 4 (1971 sehingga sekarang)

  • Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan penyimpanan maklumat(memori computer)dan ia lebih maju,memuatkan sehingga jutaan komponen transistor di dalamnya.
  • Membawa kepada penciptaan microprocessor.
  • Pertumbuhan jaringan computer,wireless teknologi dan internet.
  • Contoh : IBM PC yang asli dan Apple Macintosh.


Generasi 5

  • Belum wujud,ramai berpendapat bahawa ianya masih dalam peringkat permulaan.
  • Mempunyai memori yang amat besar membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks.
  • Mempunyai sifat luar biasa disebut sebagai (artificial intelligence)- think,reason,learn.
  • Mampu menerima arahan melalui suara.


KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN ISLAM

  • Masih tertakhluk pada syariah dan hukum yang dibenarkan oleh islam.
  • Dalam Al-Quran sendiri sudah terkandung ilmu teknologi.
  • Islam menuntut supaya mengembangkan teknologi sehingga menemui kebesaran dan keagungan Allah.
  • Islam tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru.

Saturday 10 December 2011

Usah Meragui Dia..

Apa yang dimaksudkan dengan Iman adalah membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan dan melakukannya dengan anggota badan (beramal). Seperti yang kita tahu, Islam merupakan agama yang benar dan masuk akal walaupun kita berbicara mengenai perkara ghaib , qada' dan qadar, jin dan sebagainya yang nampak tersembunyi sedangkan sangat jelas jika kita lihatnya dengan dalil-dalil Al-Qur'an dan hadis serta rohani dan jiwa yang bersih.

Contohnya :
Kisah seorang pemuda yang belajar di negara barat kononnya mendakwa dirinya pandai kerana ingin berhujah mengenai hukum ketuhanan dan perkara ghaib, dan akhirnya dia bertemu dengan seorang yang alim (berilmu) .
Pemuda : Anda siapa? dan adakah anda boleh menjawab soalan saya?
Orang Tua : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab persoalan anda.
Pemuda : Anda yakin? sedangkan profesor dan ramai orang pintar tidak dapat menjawab persoalan saya.
Orang Tua : Insha-Allah, saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada tiga pertanyaan.
Kalau Tuhan itu wujud, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
Apakah yang dinamakan takdir?
Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke dalam neraka yang diperbuat daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan sebab mereka mempunyai unsur yang sama, iaitu daripada api. Apakah Tuhan tidak memikirkan sejauh itu?

Tiba-tiba orang tua tadi menampar pipi pemuda tersebut dengan kuat.
Pemuda : (sambil menahan sakit) Kenapa anda menampar saya? adakah marah kepada saya?
Orang Tua : Saya tidak marah, dan tamparan itu adalah jawapan kepada tiga soalan anda tadi.
Pemuda : Saya tidak faham.
Orang Tua : Jadi, anda percaya baawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya.
Orang Tua : Tunjukkan pada saya sakit itu!
Pemuda : Saya tidak mampu.
Orang Tua : Itulah jawapan soalan pertama anda, Kita tidak nampak sakit tapi kita merasai sakit dan percaya sakit itu ada. Allah tidak nampak tetapi kena percaya adanya Allah . Semua merasakan adanya Tuhan tanpa mampu melihatnya.
Orang Tua : Tadi malam, adakah anda bermimpi mendapat tamparan dari saya?
Pemuda : Tidak.
Orang Tua : Apakah anda terfikir bahawa akan mendapat tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak sama sekali.
Orang Tua : Itulah yang dinamakan takdir, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada kita pada masa akan datang.
Orang Tua : Tangan saya diperbuat daripada apa untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Orang Tua : Pipi anda pula diperbuat daripada apa?
Pemuda : Kulit juga.
Orang Tua : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Sakit.
Orang Tua : Tangan saya dan pipi anda diperbuat dari unsur yang sama sahaja. Ada kulit, daging tetapi anda boleh merasa sakit juga , sepatutnya anda tidak merasa sakit kerana kita diperbuat dari unsur yang sama sahaja.

:) Percayalah bahawa perkara yang ghaib dan tersembunyi itu wujud dan mesti dipercayai. Allah SWT itu wujud.

Aplikasi ICT

Assalamualaikum..

Untuk pertamanya , kami ingin berkongsikan sesuatu mengenai kegunaan ICT dalam kehidupan masyarakat Islam :)

Definisi ICT 
  • ICT (Information Communication Technology) - Teknologi Komunikasi Maklumat
  • Menurut Paisley dan Chen (1982) daripada Brown (1997), maklumat ialah sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang itu berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai atau dimanipulasikan.
  • Malah ia juga ialah salah satu cara proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.
Perkembangan Teknologi Maklumat

1. Dunia Teknologi Maklumat
  • Era Revolusi Teknologi Maklumat memainkan peranan penting bagi :
  • membantu mempercepatkan proses membangunkan negara agar tidak ketinggalan dalam persaingan global.
  • mempengaruhi aktiviti harian manusia yang bergantung pada maklumat yang disampaikan.
  • menjadi suatu senjata penting bagi sesebuah negara pada abad ke-21
  • kemampuan menguasainya menentukan kejayaan ekonomi, polittik dan sosial untuk bersaing dalam pelbagai bidang.

2. Information Wave (Alfin Tofler)
  • Merupakan gelombang ketiga yang melanda dunia selepas pertanian
  • Revolusi perindustrian
  • Maklumat
    • gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi ,agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.

3. IT menjadi ICT
  • Pengaruh perkembangan teknologi yang merubah istilah yang digunapakai daripada teknologi maklumat kepada teknologi maklumat dan komunikasi..
  • TM ialah teknologi yang berhubung dengan penyebaran , penyimpanan, pemprosesan dan penghantaran maklumat melalui berbagai alat teknologi elektronik (komputer) , alat telekomunikasi lain serta perkakas yang berkaitan.

Friday 9 December 2011

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog 'Langkah Tercipta' di mana blog ini dikendalikan oleh 6 orang penulis, insya-Allah..

Sebagai langkah permulaan, blog ini ditubuhkan dengan bertujuan untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan para pembaca di luar sana. Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat berkongsi maklumat dan sama-sama meneruskan dakwah kepada umat Islam hendaknya. :)