Saturday 10 December 2011

Aplikasi ICT

Assalamualaikum..

Untuk pertamanya , kami ingin berkongsikan sesuatu mengenai kegunaan ICT dalam kehidupan masyarakat Islam :)

Definisi ICT 
  • ICT (Information Communication Technology) - Teknologi Komunikasi Maklumat
  • Menurut Paisley dan Chen (1982) daripada Brown (1997), maklumat ialah sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang itu berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai atau dimanipulasikan.
  • Malah ia juga ialah salah satu cara proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.
Perkembangan Teknologi Maklumat

1. Dunia Teknologi Maklumat
  • Era Revolusi Teknologi Maklumat memainkan peranan penting bagi :
  • membantu mempercepatkan proses membangunkan negara agar tidak ketinggalan dalam persaingan global.
  • mempengaruhi aktiviti harian manusia yang bergantung pada maklumat yang disampaikan.
  • menjadi suatu senjata penting bagi sesebuah negara pada abad ke-21
  • kemampuan menguasainya menentukan kejayaan ekonomi, polittik dan sosial untuk bersaing dalam pelbagai bidang.

2. Information Wave (Alfin Tofler)
  • Merupakan gelombang ketiga yang melanda dunia selepas pertanian
  • Revolusi perindustrian
  • Maklumat
    • gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi ,agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.

3. IT menjadi ICT
  • Pengaruh perkembangan teknologi yang merubah istilah yang digunapakai daripada teknologi maklumat kepada teknologi maklumat dan komunikasi..
  • TM ialah teknologi yang berhubung dengan penyebaran , penyimpanan, pemprosesan dan penghantaran maklumat melalui berbagai alat teknologi elektronik (komputer) , alat telekomunikasi lain serta perkakas yang berkaitan.

Kemunculan Era Informasi
Rogers (1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat :
  • Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu . Ketika ini buku penting disalin dan ditulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembangkan luas kerana bahan bacaan  yang terhad.
  • Era Percetakan - Bermula pada tahun 1456 ketika mesin cetak dicipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China . Surat khabar pertama diterbitkan pada tahun tersebut.
  • Era Telekomunikasi - Bermula pada tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse.
  • Era Komunikasi Interaktif - Bermula pada tahun 1946 dengan terciptanya komputer.
Penulisan - Percetakan - Telekomunikasi - Komunikasi Interaktif
Wilson P. Dizard (1982) dalam membincangkan kedatangan Era Informasi dalam bukunya "The Coming Information Age" telah mengatakan :

  • Abad ke-20 merupakan di mana kebajikan manusia sejagat dipandang amat penting dan bermakna.
  • Pada pertengahan abad ke-20 , satu elovusi rangkaian bersifat universal akan berlaku di mana manusia boleh menghubungi antara satu sama lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja sebagai titik permulaan era maklumat.
Senario Era Informasi
  • Berbeza dengan percetakan , teknologi hari ini mempunyai impak yang segera terhadap penggunanya.
  • Perintis komputer, John Newmann : 
    • teknologi moden ini meningkatkan kadar perubahan 
    • bukan sahaja dari segi memendekkan masa yang terlibat
    • memperluaskan bidang dan tempat dari segi ekonomi, politik, dan budaya.
    • dari aspek komunikasi dan informasi , teknologi terkini tidak lagi terbina secara linear, dipisahkan antara satu sama lain oleh jarak masa, di mana terdapat laluan-laluan bagi merubah implikasi yang ada , diperbaiki dan diketengahkan
  • 3 Peringkat Perubahan :
    • Peringkat perubahan pengeluaran informasi secara asas
      • Infrastruktur asas informasi dan komunikasi - syarikat telefon / telegraf (MIMOS, TM-Net)
    • Peringkat penambahan bidang perkhidmatan dan pengedaran untuk industri dan kerajaan.
      • kemunculan Ekonomi Informasi (Knowledge Economy)
        • Industri perbankan - kewangan elektronik sistem pemindahan yang menggantikan transaksi kertas (ATM, Online-Banking)
        • Kesihatan Kebangsaan - sistem edaran  berfungsi dari penyimpanan rekod perubatan hingga pengawasan perubatan jarak jauh.
    • Peringkat peningkatan kemudahan bidang penyebaran untuk kegunaan pengguna.
      • Peringkat pemangkin era informasi
        • Penguasaan massa dalam bidang perkhidmatan informasi teknologi tinggi.
        • sumber informasi dan komunikasi terkini yang biasanya terhad kepada perniagaan besar dan kerajaan , sekarang boleh disebar luaskan kepada pengunaan di rumah dan organisasi kecil
        • komputer kelihatan memenuhi ruang tamu dan menjadi pengisi masa lapang.
        • perkhidmatan terbaru selain telefon dan televisyen adalah internet. 
Evolusi Persekitaran Era Informasi dan Komunikasi
  • Satu contoh senario evolusi persekitaran era informasi dan komunikasi pernah diutarakan oleh Daniel Bell (1981).
  • Perubahan pasca masyarakat industri (post industrial society) boleh berlaku seperti berikut :
    • Perubahan seismik (seismic shift) daripada sistem ekonomi dan pengeluaran barangan kepada perkhidmatan berbentuk informasi.
    • Ahli profesional dan pegawai teknik akan menggantikan tempat para peniaga sebagai penyaing utama kelas sosial.
    • Ilmu menjadi tuntas inovasi dan pembentukan polisi dengan menjadikan kunci utama kekuasaan masa depan.
Kepentingan ICT

  • Data dapat diproses dan disimpan dengan segera tanpa membuang masa.
  • Membantu pengurus dalam membuat keputusan , menyesuaikan diri dengan perubahan dan meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
  • Dapat menukarkan data-data yang tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses , disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah.
  • Cepat dengan menggunakan pelbagai perisian komputer yang ada.

No comments:

Post a Comment